FDA AS timbang benarkan suntikan vaksin kanak-kanak

Iklan

AMMAN - Agensi kawalan kesihatan Amerika Syarikat (AS) berkata, kanak-kanak yang menjalani ujian klinikal vaksin Covid-19 perlu dipantau sekurang-kurangnya dua bulan bagi mengesan sebarang kesan sampingan.

Selain itu, agensi berkenaan membayangkan kemungkinan menimbang laluan pantas bagi membenarkan suntikan itu diberikan untuk kegunaan kecemasan sebelum mendapat kelulusan penuh.

Iklan
Iklan

Agensi Berita Jordan (Petra) melaporkan, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat memaklumkan ia sedang menilai data menyeluruh secepat mungkin, kemungkinan dalam masa beberapa minggu, berbanding jangkaan beberapa bulan sebelum ini.

Pada bulan lalu, FDA memberikan kelulusan penuh penggunaan vaksin Pfizer Inc’s (PFE.N) bagi mereka yang berusia 16 tahun ke atas berasaskan ujian selama enam bulan.

Iklan

Suntikan berkenaan mendapat kelulusan pada Disember untuk kegunaan kecemasan berasaskan ujian pendek selama dua bulan, menurut laporan itu. - Bernama

Iklan