Senaraikan acara perniagaan sebagai aktiviti ekonomi PPN

Iklan
Irmohizam Ibrahim

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mengiktiraf kepentingan industri acara perniagaan (BE), terutama dalam membantu usaha pemulihan ekonomi negara, kata Persatuan Pusat Perdagangan Dunia (WCTA) Majlis Penasihat Anggota Asia Pasifik (MAC).

Pengerusinya, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, sejajar dengan kepentingan industri BE untuk meneruskan kelangsungan dalam era pandemik, kerajaan juga perlu bertindak menamatkan penyenaraian sektor tersebut sebagai aktiviti sosial di Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Iklan
Iklan

"Usaha meneruskan kelangsungan itu adalah satu kemestian. Oleh itu, langkah pengkelasan semula industri ini sebagai aktiviti ekonomi perlu dibuat sekarang. Kami (penggiat industri) tidak sanggup untuk sekali lagi mengalami kerugian berjumlah RM4.05 bilion.

"Ini penting, lebih-lebih lagi dalam keadaan pengangguran yang kian ketara sementara menunggu Fasa Empat PPN (sebelum dibenarkan beroperasi semula).

Iklan

"Oleh itu, kami berharap kerajaan dapat mengenal pasti bantuan ekonomi khas bagi membantu penggiat BE dalam tempoh sukar seperti sekarang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Irmohizam juga meminta kerajaan untuk mengadakan lebih banyak sesi libat urus bersama penggiat industri BE selain mengiktiraf sumbangan mereka terhadap ekonomi negara.

Iklan

Beliau turut meminta kerajaan untuk bertindak melonggarkan sekatan yang dikenakan ke atas industri tersebut.

Menurutnya, industri BE perlu dibenarkan beroperasi semula dengan segera dan dapat menyumbang untuk menghidupkan semula ekonomi namun kekal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh kerajaan. - Bernama