KOTA KINABALU - Lebih 115 individu kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran melibatkan 26 rumah di penempatan setinggan Telipok di sini pada Sabtu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Misran Bisara berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu menerusi MERS 999 pada jam 1.07 petang.
Iklan
Iklan
"Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Lintas, Tuaran serta Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.
"Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu, namun maklumat lanjut akan dikemaskini dari masa ke masa,” katanya yang dihubungi pemberita pada Sabtu.
Misran berkata, kebakaran itu berjaya dikawal pada jam 2.23 petang dan pemantauan kawasan kejadian sedang dijalankan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan," katanya. - Bernama