HSA siasat dakwaan pesakit Covid-19 tidak diberi makan, minum

Iklan

JOHOR BAHRU - Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan seorang pesakit Covid-19 yang tidak diberi makan dan minum selain dimarahi oleh petugas kesihatan di hospital itu seperti yang tular di media sosial pada Jumaat.

Pengarah HSA, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hospital itu berkata, sekiranya kejadian itu terbukti kesahihannya, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap petugas kesihatan terbabit.

Iklan
Iklan

"Pihak pengurusan memandang serius akan perkara yang berlaku dan tindakan awal telah dilaksanakan. Kami amat kesal dengan kejadian itu sehingga menyinggung perasaan masyarakat," katanya.

Pada Jumaat, seorang pengguna membuat hantaran di akaun Facebook mendakwa isterinya tidak diberi makan dan minum kira-kira 14 jam selepas dimasukkan ke HSA kerana positif Covid-19 dan kekurangan oksigen, selain dimarahi petugas kesihatan apabila isterinya memerlukan bantuan. - Bernama

Iklan
Iklan