'Maafkan kami marhaen'

Iklan
AMK melihat gandingan Dr Mahathir dan Anwar akan membawa sinar yang lebih cerah.- Sumber foto: Editor Malaysia

MAAFKAN kami rakyat marhaen di atas segala kelemahan dalam pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan. Maafkan kami di atas segala janji-janji yang belum tertunai. Maafkan kami di atas segala usaha yang pada pandangan rakyat tidak membawa keuntungan.

Sesungguhnya rakyat marhaen telah bangkit dengan berani pada PRU14 yang lalu dengan menolak rejim Barisan Nasional yang telah mendatangkan pelbagai kerosakan selama lebih 60 tahun. Ternyata keberanian rakyat tidak terhenti di situ, sebaliknya rakyat terus menerus memanfaatkan kuasa untuk menghukum pemerintah yang lupa akan tanggungjawab hakiki, iaitu pembelaan terhadap nasib rakyat.

Iklan
Iklan

Kerajaan PH yang telah diberikan mandat sebagai pemerintah haruslah lebih peka dalam melaksanakan janji-janji kepada rakyat.

Rakyat di Cameron Highlands dan Semenyih telah menghantar isyarat jelas kepada PH untuk lebih berwaspada dalam melaksanakan pemerintahan yang adil.

Iklan

Jujurnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk memperbaiki kerosakan yang telah ditinggalkan oleh Barisan Nasional dalam masa yang singkat. Tentunya PH memerlukan masa yang cukup untuk memperbaiki negara ini.

Saya percaya kerajaan di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berusaha sehabis baik untuk rakyat. Saya juga yakin gandingan Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membawa sinar yang lebih cerah.

Iklan

Namun kami berterima kasih kepada rakyat yang telah menegur kami. Tentunya teguran ini akan dipandang serius dan diperbaiki seberapa segera.

Hakikatnya, mengembalikan kuasa kepada BN hanya akan menambah kerosakan kepada negara. Maka saya meminta rakyat untuk terus bersabar dan berikan kepercayaan kepada PH dalam memacu ke arah Malaysia Baharu.

* Penulis ialah Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia