PEMAIN tenis dari Rusia, Daniil Medvedev berharap mampu menebus kekecewaannya dalam dua perlawanan akhir Grand Slam sebelum ini apabila menentang Novak Djokovic pada final Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Medvedev mara ke pentas final selepas menewaskan pemain pilihan ke-12 kejohanan dari Kanada, Felix Auger-Aliassime 6-4, 7-5, 6-2 dalam perlawanan kelompok empat terbaik.