Pantai Bagan Lalang hari ini dibanjiri orang ramai selepas kebenaran rentas daerah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang bermula semalam.
Kelonggaran ini nyata memberikan kesan yang besar terutamanya di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai Bagan Lalang yang menjadi tumpuan buat penduduk di Lembah Klang yang hampir sembilan bulan ‘terkurung’ susulan pelaksanaan Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Foto Bernama