APABILA perasaan cemburu menguasai diri, biasanya si lelaki lebih selesa berdiam diri. Namun, ada juga yang marah, berang. Lebih teruk, habis barang dihempasnya. Kepada lelaki, apa ciri lain yang menunjukkan anda seorang kaki cemburu?
1. Berkelakuan lain daripada biasa
Anda pada asalnya tidak kisah apabila melihat teman wanita/isteri bergambar dengan lelaki lain. Anda tidak mengendahkan pasangan sedangkan hati anda sedang bergelora. Secara tiba-tiba, anda membangkitkan isu lelaki tersebut dan akhirnya pergaduhan tercetus.
2. Terlalu mengongkong
Berkelakuan pelik dan tidak seperti kebiasaan. Agresif dan adakalanya terlalu mengongkong pasangan.
3. Mula mengintip
Semua perkara yang dibuat pasangan, anda intip. Bahkan anda mula mencuri kata laluan emel, laman sosial atau telefon untuk mengetahui perihal pasangan anda.
4. Memutuskan tali hubungan orang lain
Tidak betah melihat pasangan mesra bersama rakan-rakan dan keluarganya. Anda mula memasang jerangkap agar mereka tidak suka pasangan anda.
5. Cemburu kehidupan lelaki lain
Beberapa subjek dijadikan topik perbualan bersama pasangan. Semuanya menjurus tentang kehidupan mereka. Anda akan terus mengulangi perkara sama. Ini menandakan yang anda sedang yang kuat cemburu.
6. Pandangan tajam
Sering memerhati pasangan dengan sangat terperinci. Anda memandang tajam seolah-olah cuba membaca fikiran pasangan. Jangan terkejut jika pasangan mengatakan anda psycho, itulah menunjukkan anda sedang cemburu.
7. Mood swings
Tiba-tiba sahaja anda tidak boleh duduk diam dan bertindak pelik atau mungkin menjadi pemarah secara tiba-tiba. Mood swings ini berlaku secara tidak langsung setelah melihat pasangan bergembira dengan orang lain, tanpa anda tahu hujung pangkal apa yang berlaku.