ARSENAL mengakhiri kemarau kemenangan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menewaskan Norwich City 1-0 dalam perlawanan di Stadium Emirates.
Penyerang sensasi The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang muncul wira kelab utara London tersebut dengan jaringan pada minit ke-66 untuk menewaskan penjaga gol The Canaries, Tim Krul.