PENYERANG sensasi Manchester United, Cristiano Ronaldo melaungkan amaran awal kehadirannya semula di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) perlu diberikan perhatian serius apabila membantu The Red Devils menewaskan Newcastle United 4-1 di Old Trafford.
Tampil dengan reputasi tinggi, bekas penyerang Juventus tersebut membuka akuan gol pertama di laman sendiri dengan jaringan pada minit ke-47 babak pertama.
Bersambung babak kedua, pemain yang kembali semula ke bumi Manchester selepas 12 tahun terus garang apabila meledak gol kedua pada minit ke-62, sekali gus memadam gol penyamaan Javier Manquillo pada minit ke-56 sebelum itu.
Gol itu ternyata membakar semangat pemain The Red Devils lain apabila tiba giliran Bruno Fernandes mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-80 sebelum Jesse Lingard melengkapkan kemenangan bergaya Manchester United dengan gol keempat pada minit ke-92.
Keputusan itu menyaksikan Manchester United mengumpul 10 mata manakala Newcastle United satu mata selepas masing-masing mengharungi empat perlawanan.
KEPUTUSAN PENUH
Arsenal 1- 0 Norwich
Brentford 0 - 1 Brighton
Leicester City 0-1 Manchester City
Manchester Utd 4 - 1 Newcastle United
Southampton 0 - 0 West Ham
Watford 0 - 2 Wolves
Crystal Palace 3- 0 Tottenham