Sejam tersepit besi penutup longkang

Iklan
Anggota bomba berusaha meregangkan jaring besi penutup longkang bagi membantu melepaskan kaki kiri mangsa yang tersepit di tempat kejadian malam tadi.

TAIPING - Derita seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dan tersepit di jaring besi penutup longkang selama sejam berakhir apabila dia diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Taman Kamunting Jaya, malam tadi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kamunting, Riduan Sudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga mangsa memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terjatuh di jaring besi penutup longkang pada jam 8.46 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, seramai empat anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dikerumuni ahli keluarga dan orang awam yang cuba untuk membantunya.

"Pihak kami difahamkan mangsa sudah tersepit di jaring besi penutup longkang sejak sejam lalu dan cuba dibantu orang ramai namun kaki sebelah kiri mangsa gagal dikeluarkan.

Iklan

"Mangsa juga dimaklumkan sedang pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan berhampiran bersama abangnya sebelum kejadian itu berlaku,"katanya sewaktu dihubungi media di sini hari ini.

Riduan berkata, anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat untuk meregangkan jaring besi dan mengambil masa beberapa minit untuk melepaskan kaki mangsa.

Iklan

Menurutnya, mangsa didapati mengalami kesan calar pada kaki kiri dan dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut.