Muhyiddin tidak wajar dibebani jawatan Pengerusi MPN: Anwar

Iklan
Anwar dalam program Sembang Spontan bersama Afdlin Shauki

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak wajar dibebankan dengan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) memandangkan beliau didakwa gagal dalam mentadbir negara sebelum ini.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak melihat pelantikan itu sebagai satu kelebihan buat negara dan mendakwa ia sebagai percaturan sesetengah pihak untuk tujuan mengekalkan kuasa.

Iklan
Iklan

"Saya rasa Muhyiddin tidak wajar dibebankan dengan tanggungjawab baharu, setelah terbukti sebagai Perdana Menteri dia ada kuasa yang tinggi untuk menyelesaikan masalah itu (Covid-19).

"Ketika jadi Perdana Menteri setahun setengah, terbukti ekonomi merudum, pengangguran bertambah, dasar pengendalian meningkat,

Iklan

"Jadi apa faedah, ini cuma kompromi, percaturan untuk kekalkan kuasa tapi tak jamin kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Sembang Spontan bersama Afdlin Shauki yang disiarkan secara langsung di Facebooknya pada Sabtu.

Iklan

Dalam pada itu Ahli Parlimen Port Dickson tersebut,berpendapat, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu melaksanakan undi percaya selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong yang mahukan perkara tersebut menjadi agenda utama pada pembukaan sidang Parlimen akan datang.

Ujarnya, malah pemimpin terdahulu seperti Tun Hussein Onn dan Tun Abdullah Ahmad Badawi melakukan undi percaya di Parlimen selepas mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

"Dia (Ismail Sabri) bayangkan tak perlu untuk lakukan undi percaya.Saya nasihat kepada dia, keabsahan penting, Agong dah titahkan.

"Mungkin mereka takut (berbuat demikian) kerana takut sesama mereka,” katanya.