24 individu ditahan ceroboh Hutan Simpan Batang Kali

Iklan
Antara individu yang ditahan JPNS dalam satu operasi pada Sabtu.

SHAH ALAM - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menahan seramai 24 individu kerana memasuki Hutan Simpan Batang Kali tanpa kebenaran dan permit dalam satu operasi pada Sabtu.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, berdasarkan maklumat awal kesemua individu yang ditahan mula berkumpul di sebuah kem di Hulu Tamu, Batang Kali sejak petang Jumaat.

Iklan
Iklan

"Mereka dipercayai mahu menjalankan aktiviti survival Gua Prong, Hulu Tamu," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ahmad Fadzil memberitahu, semua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kubu Bharu untuk memberi keterangan.

Iklan

"Kes akan disiasat di bawah peruntukan subseksyen 47(1), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985," tegasnya.

Jelas beliau, JPNS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menceroboh kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) tanpa kebenaran.

Iklan

"Tindakan yang diambil membuktikan JPNS serius menangani isu pencerobohan HSK tanpa kebenaran di negeri ini," katanya.