Takziah, ibu Adibah Noor meninggal dunia

Iklan

IBU penyanyi dan pelakon Adibah Noor, Norlia Abd Majid telah menghembuskan nafas terakhir pada 12.30 malam Isnin.

Adibah berkongsi berita sedih itu melalui Twitter dan Instagram miliknya pagi tadi.

Iklan
Iklan

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ansar, Taman Keramat pada jam 9 pagi ini, untuk diuruskan dan seterusnya disolatkan," katanya ringkas menerusi makluman berkenaan.

Rata-rata peminat dan pengikutnya turut menghulurkan ucapan takziah menerusi ruangan komen.

Iklan
Iklan

Salam takziah dari team Sinar Harian.