PENYERANG Chelsea, Romelu Lukaku melunaskan impiannya untuk meledak gol di Stamford Bridge selepas melakukannya ketika membantu The Blues menundukkan Aston Villa 3-0 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.
Pemain kelahiran Belgium itu menjadi pemain paling menyerlah menerusi penyudah kemasnya sewaktu menjaringkan gol pembukaan dan melengkapkan jaringan kedua peribadinya pada waktu kecederaan babak kedua.
Iklan
Iklan
Jaringan itu hadir menerusi dua percubaannya sepanjang perlawanan itu untuk Chelsea melengkapkan kemenangan ke-600 dalam EPL yang rekod itu sebelum ini dipegang Manchester United sepanjang sejarah liga berkenaan.
Satu lagi jaringan Chelsea disumbangkan oleh Matteo Kovacic, yang menyudahkan hantaran ke belakang Tyrone Mings pada babak kedua.
"Saya sudah lama menantikannya. Ia impian saya sejak berusia 11 tahun. Saya berusaha keras untuk sampai ke tahap ini.
"Ia impian zaman kanak-kanak. Saya amat gembira untuk berada dalam situasi ini tetapi usaha lebih keras perlu diteruskan," katanya.
Ia merupakan perlawanan ke-15 Lukaku di Stamford Bridge sepanjang mewakili Chelsea, Everton dan Manchester United selain ia juga merupakan kali pertama dia berjaya menjaringkan gol di stadium tersebut.