KKM digesa segera libatkan pakar awam, swasta

Iklan
Anwar Ibrahim

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) digesa segera menjalankan libat urus dengan pakar-pakar di sektor awam mahupun swasta sebagai usaha untuk mengelakkan lebih banyak kematian.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hal demikian kerana negara mencatatkan seramai 592 angka kematian akibat wabak Covid-19 pada Sabtu lalu meletakkan kedudukan negara di tangga keempat tertinggi di dunia.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, negara memerlukan tahap ketelusan yang lebih lagi bagi memastikan punca-punca kematian.

"Misalnya, adakah terdapat kelewatan untuk para pesakit menerima rawatan.

Iklan

"Meski angka yang tinggi adalah kes-kes yang tertunggak, ia tetap tidak boleh menafikan fakta bahawa angka-angka kematian ini terutamanya yang mati di luar hospital (BID) sangat tinggi dan cukup membimbangkan.

"Negara telah menyaksikan lebih 20,000 kematian akibat wabak. Ini mungkin dianggap remeh dan tidak termasuk berapa banyak pesakit bukan Covid-19 yang kesihatannya terus terjejas kerana kelewatan menerima pemeriksaan dan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Tambah beliau, setiap angka kematian bukan sekadar statistik tetapi mereka yang punya orang yang tersayang di sekelilingnya.

Negara ujar beliau terus mendapat kesan buruk termasuk keyakinan pengguna domestik untuk berbelanja meskipun prosedur operasi standard (SOP) untuk sektor ekonomi kini telah banyak dilonggarkan.

"Para pelabur luar juga masih tidak melihat Malaysia sebagai destinasi penting pelaburan,” ujarnya.

Oleh itu, beliau berkata, keperluan untuk menyuntik RM45 bilion lagi pakej rangsangan bagi melawan kesan wabak perlu disediakan.

"Ini tidak hanya akan menopang (sokongan) golongan yang terkesan secara ekonomi, tetapi juga akan membantu memperbanyak pembangunan dan pembinaan pusat-pusat kesihatan,” katanya.