Vokalis Samudera meninggal dunia akibat Covid-19

Iklan
Allahyarham Aimi (dua dari kanan) didapati positif Covid-19 kategori lima sejak 10 hari lalu. - Foto Awani

KUALA LUMPUR - Vokalis kumpulan Samudera, Norazmi Mohd Abdullah, 48 yang meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 malam tadi sepatutnya dijadualkan merakamkan single pertamanya bersama kumpulan tersebut hujung bulan ini.

Menurut pemain bass kumpulan itu Suhami Kamaruddin atau lebih dikenali Jedd Black, Allahyarham dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas disahkan positif virus itu kira-kira 10 hari lalu.

Iklan
Iklan

"Allahyarham orang yang baik dan mempunyai vokal yang berkualiti. Dia disahkan positif dijangkiti COVID-19 tahap lima.

"Kalau nak cerita, dia ada gayanya dan kualiti vokalnya tersendiri. Sepatutnya kita dalam persiapan untuk rakaman single pertama kami bersamanya hujung bulan ini, namun Allah lebih sayangkannya," katanya ketika dihubungi Awani

Iklan

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kem Sungai Besi sekitar jam 6 petang tadi.

Allahyarham Norazmi atau lebih dikenali dengan sapaan Aimi merupakan vokalis Samudera yang menggantikan vokalis asalnya iaitu Allahyarham Ujang, yang meninggal dunia pada tahun Januari 2017.

Iklan

Aimi mula menyertai kumpulan yang terkenal di era 90-an itu pada 2018.

Kumpulan Samudera di era kegemilanganya terkenal dengan beberapa buah lagu yang menjadi siulan peminat satu ketika dulu, antaranya termasuklah Salam Sejahtera, Titian Hasrat dan Bila Diburu Kenangan. - Awani