JDT berpesta rai kemenangan ke atas KL City

Iklan
Nazmi Faiz (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan-rakan sepasukannya di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mengakhiri kempen Liga Super musim ini dengan bergaya apabila melakar kemenangan ke-11 berturut-turut selepas menewaskan KL City FC 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.

Kemenangan itu nyata memeriahkan lagi sambutan kejuaraan kelapan berturut-turut JDT di pekarangan stadium berkenaan yang menyaksikan semua pemain dan barisan kejurulatihan JDT diarak bersama piala liga menggunakan bas khas.

Iklan
Iklan

Terdahulu, Nazmi Faiz Mansor menceriakan kem Harimau Selatan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-15 selepas menyudahkan hantaran jauh Shane Lowry.

KL City bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-25 menerusi gerakan set piece berpunca daripada sepakan sudut yang diambil penyerang berpengalaman, Safee Sali.

Iklan

Safee menolak bola kepada Arif Shaqirin Suhaimi yang pantas melakukan backheel bagi membolehkan Izreen Izwandy merembat bola leret menewaskan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

JDT mengesahkan kemenangan apabila memperoleh gol hasil jaringan sendiri pertahanan KL City, Nik Mohd Shahrul Azim yang tertampan bola rembatan Safiq Rahim pada minit ke-69.

Iklan