Xinhua guna robot pembaca berita

Iklan
Xin Xiaomeng itu dihasilkan berdasarkan imej pembaca berita sebenar, Qu Meng.

BEIJING - CHINA. Agensi berita Xinhua, semalam menggunakan robot pembaca berita yang meniru ekspresi wajah dan gaya manusia bagi menyampaikan berita tentang ketibaan delegasi untuk menghadiri mesyuarat tahunan Parlimen di Beijing.

Robot kecerdasan buatan (AI) digelar Xin Xiaomeng itu dilihat membaca berita dalam persembahan video selama seminit oleh Xinhua.

Iklan
Iklan

Ia dihasilkan berdasarkan imej pembaca berita sebenar, Qu Meng dan dibangunkan oleh Xinhua dan firma teknologi, Sogou Inc.

November lalu, Xinhua memaparkan dua pembaca berita AI yang mengenakan pakaian lelaki ketika Persidangan Internet Sedunia di bandar Wuzhen.

Iklan
Iklan

Ketika ini, Beijing sedang berusaha untuk memajukan kecekapannya dalam teknologi AI daripada peralatan pengawasan sehingga kereta tanpa pemandu. - Reuters