Seorang maut helikopter terhempas di Perancis

Iklan
Gambar hiasan. - Foto Bernama

PARIS - Seorang maut selepas sebuah helikopter terhempas berhampiran bandar Villard-de-Lans di Isere, tenggara Perancis pada Ahad, kata Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa. Terdapat lima orang di dalam helikopter itu," katanya menerusi Twitter.

Iklan
Iklan

Helikopter perkhidmatan awam yang dalam perjalanan untuk membantu pendaki gunung yang cedera itu dilaporkan terhempas kira-kira jam 4.30 petang waktu tempatan (2:30 GMT), lapor Xinhua memetik televisyen BFM.

Punca nahas masih disiasat dan operasi menyelamat sedang dijalankan. - Bernama

Iklan
Iklan