PEMAJU perbandaran terkemuka Malaysia, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan cabutan bertuah pertama bagi kempen LBS Fabulous 20-21 dengan hadiah yang menarik bernilai RM445,000.
Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San berkata, cabutan bertuah pertama LBS Fabulous 20-21 telah disiarkan secara langsung melalui Facebook LBS pada 11 September 2021.
"Seramai 4,386 pembeli rumah layak untuk cabutan bertuah pertama yang ditawarkan sebanyak 497 hadiah. Pembeli rumah LBS terpilih ini terdiri daripada mereka yang membuat pembelian dari 1 Januari 2020 hingga 30 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Hock San berkata, cabutan bagi hadiah tersebut telah dilakukan oleh beliau sendiri, Pengarah Urusan, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, dan pengarah lain iaitu Datuk Dr Haji Baharum Mohamed, Datuk Tony Lim Tong Lee, Datuk Lim Han Boon, dan Datuk Lim Si Cheng.
Bagi memastikan pengendalian yang adil dan saksama sepanjang cabutan bertuah tersebut, acara itu turut disaksikan oleh firma guaman Steven Tai, Wong & Partners.
Beliau berkata, ganjaran untuk hadiah utama telah ditingkatkan dengan penambahan sebuah Proton X50 1.5L Executive.
"Hadiah-hadiah menarik lain termasuk proton Persona dan Iriz, Motor SM Sport 110, basikal, mini iPad, komputer riba Dell, mesin basuh, peti sejuk, mini Hi-Fi dan lain-lain lagi.
"Bagi mereka yang belum lagi memenangi hadiah, nantikan pusingan cabutan bertuah seterusnya bersama LBS Fabulous 20-21 kerana secara automatiknya mereka layak ke pusingan kedua, (SPA sah di antara 1 Januari 2020 hingga 31 Disember 2021),” katanya.
Beliau berkata, semua pembeli rumah LBS yang membeli hartanah melebihi RM250,000 dari senarai kediaman hartanah LBS terpilih bermula Januari 2020 hingga 31 Disember 2021 secara automatik layak untuk ke pusingan kedua cabutan bertuah tersebut.
"Hadiah menarik dianggarkan bernilai RM750,000. Layari laman rasmi media sosial LBS untuk maklumat terkini dan berpeluang memenangi hadiah menarik,” katanya.