SHAH ALAM - Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden memandu melawan arus yang mengakibatkan dua orang maut di Lebuhraya Persekutuan pada awal pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih berjalan.