Orang ramai diminta tangguh derma darah tujuh hari selepas vaksin

Iklan
Gambar hiasan

SHAH ALAM - Orang ramai diminta untuk menangguhkan aktiviti menderma darah hingga tujuh hari selepas pengambilan vaksin Covid-19 meskipun tidak menghadapi kesan sampingan ringan.

Pusat Darah Negara (PDN) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, bagi individu yang mendapat kesan sampingan ringan setelah menerima vaksin pula hanya dibenarkan menderma darah selepas tujuh hari dari tarikh sembuh.

Iklan
Iklan

Katanya, penangguhan aktiviti derma darah tersebut membabitkan individu yang menerima suntikan vaksin antaranya Pfizer-BioNTech, Sinovac dan AstraZeneca.

"Garis panduan tersebut selari dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Iklan

"Tempoh penangguhan ini adalah berdasarkan prinsip berjaga-jaga bagi melindungi kesihatan penderma dan pesakit yang menerima darah.

"Kriteria ini adalah untuk memastikan penderma darah berada di tahap kesihatan yang optimum semasa menjalankan aktiviti menderma darah," katanya.

Iklan

Dalam kenyataan sama, PDN turut menafikan satu mesej WhatsApp yang tular berkenaan bekalan darah hospital berkurangan dan makin kritikal.

Jelasnya, maklumat di dalam mesej tersebut adalah tidak benar dan boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai.

"Status bekalan darah di seluruh negara menunjukkan peningkatan yang baik sejak akhir-akhir ini walaupun negara masih berdepan dengan pandemik Covid-19.

"Ini adalah kerana penderma darah prihatin tampil secara konsisten bagi membantu pesakit yang memerlukan.

"Trend peningkatan pendermaan darah ini akan memastikan PDN dan tabung-tabung darah mempunyai stok simpanan darah yang mencukupi bagi kegunaan pesakit serta membantu bekalan darah di negeri yang mengalami peningkatan kes Сovid-19," katanya.