RMK-12 akan dibahas di Parlimen

Iklan
Tuan Ibrahim

SHAH ALAM - Pas akan memastikan agenda penting seperti Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) dibahas secara konstruktif dalam sidang Parlimen demi mencapai matlamat ke arah Malaysia yang makmur, inklusif dan mampan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, selain terus menyuarakan hasrat dan kemahuan rakyat, Pas akan memastikan semua ahli Parlimen sentiasa menyantuni dan empati terhadap nasib rakyat di lapangan.

Iklan
Iklan

"Semua kemudahan dan bantuan kerajaan bakal dimanfaatkan secara optimum untuk membantu rakyat tanpa mengira anutan agama, kaum dan fahaman politik. Insya-ALLAH,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tuan Ibrahim berkata, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu diambil sebagai panduan kepada semua ahli Parlimen supaya kekal fokus pada agenda pemulihan negara dan segera membawa rakyat keluar dari pandemik Covid-19.

Iklan

"Tugas berat tersebut mesti dipikul bersama dalam kerangka demokrasi, syura dan semangat Keluarga Malaysia.

"Pas turut menghargai penghargaan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan positif pelbagai usaha kerajaan seperti Pelan Pemulihan Negara (PPN), Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dan siri-siri pakej rangsangan ekonomi yang bernilai RM530 bilion.

Iklan

"Kami yakin masih banyak ruang penambahbaikan perlu difokuskan untuk membawa negara ke arah kejayaan lebih besar,” ujar beliau.