Varian Delta merebak ke seluruh Sarawak: JPBN

Iklan
Berdasarkan laporan jujukan genom penuh ke atas sampel positif di kesemua 12 bahagian di Sarawak, hampir 100 peratus adalah varian Delta.

KUCHING - Hari ini, Sarawak merekodkan 3,522 jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 160,320 kes manakala lima kematian direkodkan menjadikan angka korban akibat wabak itu kini mencecah 630 orang.

Kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menyebut berdasarkan laporan jujukan genom penuh ke atas sampel positif di kesemua 12 bahagian di Sarawak, hampir 100 peratus adalah varian Delta.

Iklan
Iklan

"Ini bermakna varian Delta telah merebak ke seluruh Sarawak dan perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti Universiti Malaysia Sarawak Profesor Dr David Perera,” menurut kenyataan itu.

JPBN turut mengisytiharkan enam kluster baharu iaitu Kluster Sungai Kerubong di Sarikei, Kluster Sungai Sujan Mapok di Sebauh), Kluster Sungai Dabai di Pakan, Kluster Andi Liam di Beluru, Kluster Pulau Brunei di Limbang dan Kluster Tinwar Keleku di Subis.

Iklan

Dalam pada itu, JPBN turut mengumumkan rakyat Sarawak dibenarkan merentas daerah tanpa perlu menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen bagi pengesanan Covid-19 kecuali untuk bahagian Bintulu, bermula esok.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan pergerakan rentas daerah itu bagaimanapun masih perlu memperoleh permit daripada pihak polis.- Bernama

Iklan