Malaysia sumbang 250,000 pelitup muka kepada Iraq

Iklan
Malaysia pada Isnin menyumbang 250,000 unit pelitup muka kepada Iraq. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Malaysia pada Isnin menyumbang 250,000 unit pelitup muka kepada Iraq.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan usaha berterusan kerajaan Malaysia untuk bekerjasama dengan Iraq dan masyarakat antarabangsa dalam memerangi pandemik Covid-19.

Iklan
Iklan

Bantuan yang diserahkan melalui kedutaan Iraq di Kuala Lumpur itu dibiayai oleh Akaun Amanah Pembelaan Rakyat Iraq (AAKPRI), yang ditubuhkan pada 2003 di bawah kementerian.

"Sumbangan Malaysia kepada Republik Iraq mencerminkan hubungan mesra dan erat yang terjalin antara kedua-dua negara ketika pandemik sedang melanda.

Iklan
Iklan

"Malaysia kekal komited untuk terus bekerjasama dengan Iraq demi kepentingan bersama kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.- Bernama