KOTA KINABALU - Notis kebenaran rentas daerah tanpa perlu kebenaran polis dan kebenaran maksimum empat orang dalam sebuah kenderaan tersebar dalam media sosial baru-baru ini adalah notis lama dikeluarkan tahun lepas (2020), kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah.
Beliau berkata, pergerakan di Sabah pada masa ini masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang tidak membenarkan sebarang pergerakan rentas daerah.