Gempar buaya naik ke darat

Iklan
Buaya yang dikesan penduduk naik ke terusan berhampiran Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau pada Isnin. -Foto: Ihsan pembaca

PARIT BUNTAR - Penduduk Kampung Nibong Hangus, Kuala Kurau di sini gempar apabila seekor buaya naik ke darat dalam kejadian pada Isnin.

Kejadian itu sempat dirakamkan penduduk kampung yang menyedari reptilia berkenaan berada di tepi terusan tersebut sebelum tular di laman sosial.

Iklan
Iklan

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak ketika dihubungi Sinar Harian memaklumkan pasukannya telah ke lokasi kejadian selepas menerima aduan tersebut.

Katanya, pemeriksaan mendapati terdapat kesan kehadiran buaya tersebut dan usaha menjejakinya tidak berjaya.

Iklan

"Buaya itu mungkin sudah masuk semula ke Sungai Kurau.

"Hujan lebat pada awal pagi menyebabkan paras air naik dipercayai menjadi punca buaya tersebut naik ke terusan kampung berkenaan," katanya pada Isnin.

Iklan

Menurut Perhilitan Perak, pihaknya sudah meletakkan papan tanda amaran bagi mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

Katanya, orang ramai diminta untuk menghubungi Perhilitan dan tidak mengambil tindakan sendiri sekiranya terserempak dengan haiwan terbabit.