JDT pertaruh pengalaman di saingan Piala Malaysia

Iklan
Pemain-pemain JDT meraikan kejayaan selepas dinobatkan juara Liga Super selepas menewaskan KL City di Stadium Sultan Ibrahim.

PENGENDALI Johor Darul Ta'zim (JDT), Benjamin Mora percaya pengalaman menjulang kejuaraan Liga Super kali kelapan menjadi motivasi penting kepada persiapan Harimau Selatan dalam mengharungi kempen Piala Malaysia yang dijangka mencabar musim ini.

Malah menurut Mora, pengalaman dalam kalangan pemain Harimau Selatan sepanjang mengharungi kempen domestik dan Asia juga secara tidak langsung mematangkan corak permainan kelab selatan tanah air itu.

Iklan
Iklan

"Kami di JDT ada objektif dan objektif pertama adalah untuk menang dalam setiap perlawanan diikuti objektif kedua mencabar diri untuk memenangi satu lagi piala.

"Inilah cara kami lakukan dan melaksanakan menerusi latihan tersusun bagi bentuk persefahaman taktikal di padang.

Iklan

"Kami akan beri aksi terbaik di Piala Malaysia, kerana saingan kali ini dijangka mencabar biarpun JDT tampil berstatus juara Liga Super apatah lagi setiap lawan pasti mahu menewaskan JDT dalam setiap perlawanan," ujar Mora pada sidang media selepas perlawanan menentang KL City di Stadium Sultan Ibrahim.

Pada perlawanan itu, Harimau Selatan melakar kemenangan 2-1 ke atas KL City sekaligus kemenangan ke-18 liga selepas mengharungi 22 perlawanan dengan mengumpul 57 mata.

Iklan

Nazmi Faiz Mansor terlebih dulu meletakkan Harimau Selatan di depan minit ke-15, namun Izreen Izwandy menyamakan kedudukan pada minit ke-25 sebelum jaringan sendiri pemain KL City, Nik Mohd Shahrul Azim minit ke-69 mengesahkan kemenangan tuan rumah.