PEKAN - Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya melanggar seekor lembu sebelum terbabas ke dalam longkang di Jalan Pekan-Batu Balik berhampiran Kampung Tanjung Medan di sini pada awal pagi Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Peramu, Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata, mangsa berusia 27 tahun berjaya dikeluarkan pihaknya sebelum dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
Iklan
Iklan
Menurutnya, kejadian dilaporkan pada jam 4.35 pagi sebelum enam anggota dari BBP Pekan ke lokasi untuk operasi menyelamat.
"Anggota yang tiba di lokasi jam 4.45 pagi mendapati mangsa gagal keluar dan masih berada di tempat duduk pemandu.
"Operasi menyelamat segera dilakukan bagi membantu mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
Wan Samsul berkata, operasi ditamatkan jam 5.18 pagi.