Messi sedia gegar Club Brugge

Iklan
MESSI

PENGENDALI Paris Saint Germain (PSG), Mauricio Pochettino memberikan bayangan Lionel Messi sudah bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan ketika menentang Club brugge dalam aksi Liga Juara-juara pada awal pagi Khamis.

Menurutnya, Messi semakin serasi dengan pasukan dan sudah bersedia untuk beraksi menjadi tunjang utama buat kelab gergasi Perancis itu.

Iklan
Iklan

"Saya mungkin bukan orang yang sesuai untuk menggambarkan mengenai Messi ketika ini. Ada ramai orang yang lebih layak untuk menggambarkannya lebih dekat dengan realiti Messi.

"Dia akan selalu dianggap antara yang terbaik di dunia. Sejak dia tiba, dia benar-benar menyesuaikan diri dengan cepat dan dia berlatih dengan sangat baik selain berusaha untuk mencapai tahap tertinggi secepat mungkin untuk bersaing dengan yang terbaik.

Iklan

"Pada mulanya saya rasa mustahil untuk menandatanganinya dan dia berada di sini bersama kami. Apabila peluang itu tiba, segalanya berlaku dengan pantas, anda tidak dapat menghadamkannya secara terus. Bagaimanapun, ada hubungan sesama kami iaitu kami berdua adalah warga Argentina, kami berdua menyokong Newell's (Old Boys), kami berdua berasal dari Rosario.

"Saya juga meminatinya sejak sekian lama sewaktu menghadapinya sebagai lawan. Jadi untuk memilikinya dan berada dalam latihan adalah sesuatu yang sangat bagus. Kami akan mampu mencapai apa yang kelab mahukan," katanya.

Iklan

PSG menandatangani Messi pada Ogos lalu selepas Barcelona gagal mengekalkan khidmat pemenang enam kali Ballon d'Or itu susulan masalah kewangan.

Pemain kelahiran Argentina itu setakat ini hanya tampil selama 24 minit bersama PSG ketika aksi Ligue 1 menentang Reims pada 30 Ogos lalu sebelum liga berhenti untuk memberikan ruang kepada perlawanan antarabangsa.