Kakak maut, adik cedera dalam kebakaran

Iklan
Lokasi kebakaran yang meragut nyawa seorang remaja perempuan pada pagi Selasa.

SUNGAI BULOH - Seorang remaja perempuan maut manakala adiknya yang berusia tiga tahun cedera dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Baru Kundang pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada jam 11.10 pagi itu melibatkan bangunan berkeluasan 41.8 meter persegi dan terbakar 90 peratus.

Iklan
Iklan

Menurutnya, api dalam keadaan marak semasa pasukan bomba tiba dilokasi kejadian dan mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Seorang kanak-kanak lelaki yang cedera telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh oleh orang awam manakala seorang remaja perempuan berusia 19 tahun melecur dan meninggal dunia,"

Iklan

"Ketika kejadian ibu bapa mereka tiada di rumah kerana keluar bekerja," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Iklan

Katanya, operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan Batu Arang.