Peraturan Facebook dianggap berat sebelah

Iklan
Program semakan semula dalam Facebook dikritik kerana ia didakwa melindungi para pengguna berprofil tinggi. - Foto AFP

SAN FRANCISCO - Laman sosial Facebook mengecualikan sejumlah selebriti, ahli politik dan para pengguna berprofil tinggi daripada peraturan yang dibuatnya sendiri berhubung hantaran dan komen mereka, lapor akhbar Wall Street Journal pada Isnin.

Program itu yang dikenali sebagai semakan semula melindungi jutaan pengguna elit daripada peraturan yang didakwa oleh Facebook diperkenalkan bagi kesaksamaan kepada pengguna-pengguna rangkaian sosial tersebut.

Iklan
Iklan

Jurucakap laman sosial itu, Andy Stone dalam satu siri ciapan di Twitter mempertahankan program tersebut.

Namun, beliau mengakui bahawa Facebook memang mengetahui bahawa pelaksanaan peraturan itu tidak sempurna.

Iklan

Bagaimanapun, artikel dalam akhbar tersebut melaporkan sebahagian pengguna laman sosial itu diberikan perlindungan daripada dikenakan peraturan yang dibuat oleh Facebook.

Ia mendakwa sebahagian pengguna dibenarkan menghantar komen yang melanggar peraturan laman sosial itu.

Iklan

Komen tersebut dikatakan sedang menunggu untuk dipadamkan daripada laman sosial itu tetapi ia kerap dibiarkan dalam akaun Facebook. - Agensi