KUCHING - Seorang operator jentolak ditemukan maut pada Selasa selepas lebih 21 jam tertimbus dalam kejadian kuari roboh di Jalan Kampung Tanjung Durian Siniawan, Bau, petang Isnin.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan Penyelamat Sarawak memaklumkan, mangsa, Anthony Kan-na, 49, berjaya dikeluarkan dari jenteranya yang tertimbus pada jam 12.23 tengah hari Selasa dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.