KOTA BHARU - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan berhampiran Masjid Nilam Puri, di sini, malam tadi.
Kejadian jam 11.30 malam itu menyebabkan mangsa, Mohammad Nazif Mohd Nazri, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kota mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, sebelum kejadian itu, sebuah kereta jenis Toyota Wish yang dipandu seorang wanita berusia 37 tahun datang dari arah Kota Bharu menghala ke Ketereh.
"Apabila sampai di tempat kejadian yang berhampiran dengan Masjid Nilam Puri, secara tiba-tiba mangsa yang selesai makan di Kedai Makan Yellow Bamboo Chicken Chop tersebut melintas jalan.
"Akibat jarak yang terlalu dekat, pemandu kereta itu tidak sempat menekan brek atau mengelak lalu melanggar mangsa,” katanya kepada pemberita.