KOTA BHARU - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir hari ini dianugerahkan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) yang membawa gelaran Datuk.
Beliau menerima Darjah Kebesaran itu sempena Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 bagi kali Ke-2 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini.