Zip Line Shah Alam kembali beroperasi

Iklan
Zip Line Shah Alam kembali dibuka selepas pengumuman kelonggaran SOP oleh kerajaan baru-baru ini.

SHAH ALAM - Zip Line Shah Alam kembali dibuka kepada orang awam untuk aktiviti riadah dan rekreasi sejak 11 September lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, aktiviti zip line sepanjang 240 meter di Taman Tasik Shah Alam itu beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6.30 petang (Isnin hingga Jumaat) dan 8.30 pagi sehingga 6.30 petang (Sabtu dan Ahad).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pengunjung diingatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) am berkait sektor sukan dan rekreasi serta memastikan telah lengkap vaksinasi dan menjaga penjarakan fizikal.

"MBSA menasihatkan orang ramai menggunakan kemudahan yang disediakan ini dengan bertanggungjawab serta mematuhi peraturan dan SOP bagi membantu mengawal jangkitan Covid-19," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Lokasi pelancongan baharu Shah Alam itu mula diperkenalkan April lalu dengan harga tiket untuk kategori warganegara (dewasa) sebanyak RM25 dan RM40 bagi pelancong luar.

Harga tiket bagi warga Shah Alam adalah RM20 dan kanak-kanak RM10.

Iklan