Empat ditahan dalam Op Noda di Nusa Bestari

Iklan

ISKANDAR PUTERI - Empat individu termasuk tiga wanita warga asing ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Taman Nusa Bestari 2 di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, serbuan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri dilakukan dalam Op Noda kira-kira jam 12.15 tengah malam.

Iklan
Iklan

"Seorang lelaki yang ditahan dipercayai juruwang berusia 24 tahun ditahan bersama tiga wanita terdiri daripada dua warga Vietnam dan seorang Indonesia kesemuanya berusia antara 26 hingga 40 tahun," katanya.

"Dua wanita tempatan yang juga pekerja di premis berkenaan dan pelanggan iaitu tujuh lelaki dan tiga wanita turut diperiksa ketika," katanya.

Iklan

Menurutnya, polis turut merampas monitor, pemain cakera video digital (DVD), mikrofon, cakera padat (CD) pelbagai lagu dan resit perniagaan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Negeri Johor, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Iklan