Mayat mangsa kemalangan ditemui

Iklan
Mayat seorang lelaki ditemui di Jalan Besar Serting-Hilir-Tembangau dengan sebuah motosikal.

JEMPOL - Bau busuk yang dihidu seorang pekerja pembersihan di Jalan Besar Serting-Hilir-Tembangau di sini pada Selasa membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati mayat lelaki berusia 26 tahun yang ditemui pada jam 2.301 petang itu merupakan mangsa kemalangan minggu lalu.

Iklan
Iklan

"Polis turut menemui sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda di lokasi. Kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Serting Hilir 6," katanya.

Bagaimanapun katanya, ketika tiba di lokasi motosikal ditunggang hilang kawalan sebelum dipercayai terbabas ke kiri jalan dan jatuh ke tebing jalan sedalam 7.4 meter.

Iklan

Jelas beliau, kemalangan itu mengakibatkan mangsa yang berasal dari Sarawak meninggal dunia di tempat kejadian.

"Tarikh dan masa sebenar kejadian tidak pasti tetapi kejadian dianggarkan berlaku kira-kira satu minggu dan tiada unsur jenayah ditemui.

Iklan

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Jempol untuk bedah siasat," katanya.