Tetak bapa saudara sebab caj baiki motosikal mahal

Iklan
Tetak bapa saudara sebab caj baiki motosikal mahal

MERSING - Gara-gara tidak berpuas hati dengan caj membaiki motosikal yang dikenakan terlalu mahal, seorang lelaki sanggup menetak pemilik bengkel yang juga bapa saudaranya dalam satu kejadian di Jalan Jemaluang, Mersing Kecil pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 6 petang apabila suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an masuk ke bahagian kaunter dan bertindak menyerang mangsa yang berusia 61 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, suspek kemudian menetak mangsa hingga mengakibatkan kecederaan pada tapak tangan kiri dan paha kanan sebelum melarikan diri.

"Polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 6.42 petang dan suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Intan Mersing pada hari sama.

Iklan
Iklan

"Mangsa telah dirawat di Hospital Mersing," katanya dalam kenyataan pada Selasa.