SERDANG - Sebanyak 73 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, di sini malam semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, serbuan Op Nyah itu dilakukan kira-kira pukul 8 malam oleh lima pegawai dan 50 anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.