KUANTAN - Usia mencecah 3 tahun tidak menghalang Muhamad Isyraf Haziq menyertai program berkhatan bersama kanak-kanak lain yang lebih berusia daripadanya.
Walaupun paling muda, Muhamad Isyraf yang ditemani ibu dan bapanya, tidak kelihatan gementar sedangkan ada kanak-kanak lain menangis ketika menunggu giliran dikhatankan.
Dia antara 80 kanak-kanak lelaki yang menyertai program Khatan Beramai-ramai di KPJ Pahang Specialist Hospital di sini, bermula jam 9.30 pagi tadi.
Ayahnya, Fariduddin Pauzee,34, berkata anaknya begitu tenang dan sangat teruja bila keluar rumah untuk ke hospital bagi dikhatankan pagi ini.
Menurutnya, dia dan isterinya, Nurul Akma Jamil, 33, memutuskan untuk mengkhatankan Muhammad Isyraf Haziq bersama abangnya, Muhamad Irfan Qaireen, 7, menerusi program itu yang menawarkan bayaran hanya RM50 setiap seorang.

Ibunya, Nurul Akma Jamil sedang membetulkan kain Muhamad Isyraf sebelum proses berkhatan dimulakan.