BANGKOK - THAILAND . Seorang wartawan Televisyen (TV) ditikam di leher ketika sedang memulakan tugas untuk lintas langsung pengumuman pemenang loteri.
Memetik, portal coconuts Bangkok, insiden itu berlaku jam 1.30 petang ketika Thananya Pipitwinchagarn sedang bertugas melaporkan berita untuk stesen Channel 5.
Iklan
Iklan
Rakaman video berdurasi 14 saat itu tular di media sosial.
Selang beberapa saat, seorang wanita dikenali, Prapapan Yokshwee, 35, dengan selamba melintas hadapan kamera sebelum secara perlahan meletakkan pemutar skru berukuran lima inci ke leher Thananya.
Namun tindakan pantas krew stesen TV berjaya menghalang niat wanita itu dan pengacara itu hanya mengalami cedera ringan.
Wanita itu berjaya diberkas polis dan hasil siasatan mendapati, Prapapan dikatakan berang kerana aduan kononnya ada individu meletakkan dadah di rumah ibunya tidak dilayan pihak berkaitan.
Difahamkan, polis memberitahu Thananya tidak membuat laporan polis berhubung insiden itu susulan tiada kecederaan serius. - Coconuts Bangkok