Covid-19: Kes positif global lebih 225.6 juta, korban 4.64 juta

Iklan
Angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.64 juta. - Foto fail Bernama

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melebihi 225.6 juta.

Ini berikutan lebih satu juta kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Iklan
Iklan

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 41.3 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 33 juta kes dan Brazil dengan lebih 21 juta kes.

Iklan

United Kingdom, Rusia dan Perancis antara negara yang mencatatkan lebih tujuh juta kes, manakala Turki merekodkan lebih enam juta kes.

Argentina melebihi lima juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi empat juta.

Iklan

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.2 juta, Malaysia lebih dua juta kes, Thailand dengan 1.4 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 73,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.64 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 663,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 587,000 kes, India lebih 443,000 kes, Mexico lebih 267,000 kes, sementara United Kingdom catat lebih 134,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 85,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 139,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 35,000 diikuti Malaysia dengan 21,000 kes, manakala Thailand dengan lebih 14,000 angka korban. - Awani