SHAH ALAM - Prapendaftaran program Vaksin Selangor (SelVak) bergerak yang diadakan bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan vaksin Covid-19 kini dibuka.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Wanita dan Keluarga Selangor, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, program yang bermula pada Rabu sehingga Sabtu itu melibatkan tujuh lokasi.