Tempahan hotel di Langkawi dijangka terus meningkat

Iklan
Kakitangan pembersihan Hotel Adya, Helme Hussain, 21, menjalankan kerja-kerja sanitasi di bilik penginapan.

LANGKAWI - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah yang akan tamat pada Ahad ini dijangka meningkatkan jumlah tempahan hotel di Langkawi.

Iklan
Iklan

Naib Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Razmi Rahmat berkata, rekod kemasukan pelancong sebelum ini menunjukkan perkhidmatan feri menjadi pilihan utama pelancong untuk bercuti ke pulau berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya menjangkakan berlaku peningkatan berperingkat dari segi tempahan hotel berstatus empat bintang ke bawah susulan pertambahan trip feri ke Langkawi dari Terminal Kuala Kedah.

Iklan

"Pada masa ini, tempahan hotel bagi kategori ini telah mencapai 30 peratus dan saya yakin ia akan bertambah secara berperingkat selepas ini.

Razmi

Iklan

"Selain itu pada bulan hadapan juga akan berlangsung mesyuarat-mesyuarat melibatkan kakitangan kerajaan dan swasta, ini juga salah satu penyumbang kepada peningkatan tempahan hotel kelak," katanya kepada media ketika ditemui di Hotel Adya di sini pada Rabu.

Menurutnya, pada masa sama tempahan hotel berstatus lima bintang telah mencapai 80 peratus setakat ini sejak kerajaan mengumumkan pelaksanaan Gelembung Pelancongan Langkawi.

"Tempahan hotel mewah ini lebih tinggi kerana menjadi pilihan pelancong berkemampuan yang tidak dapat melancong ke luar negara," katanya.

Dalam pada itu, Razmi berkata, dari segi persiapan semua fasiliti dan bilik penginapan sudah disanitasi sepenuhnya mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

"Kakitangan pembersihan akan segera melakukan sanitasi pada bilik-bilik penginapan yang telah digunakan sebelum pengunjung baharu mendaftar masuk ke bilik sama," katanya.