Perak terima 1.6 juta dos vaksin sejak 1 September

Iklan
Hantaran Mohd Akmal di Facebook mengenai situasi vaksinasi dan pesakit Covid-19 di ICU di Perak.

IPOH - Perak mempunyai 1.6 juta vaksin yang diterima sejak 1 September hingga 3 Oktober.

Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin berkata, jumlah itu masih mencukupi untuk digunakan bagi program vaksinasi di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Bermula 12 September, semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Awam di seluruh Perak dibolehkan 'walk-in', sama ada mereka berdaftar atau tidak mendaftar dengan MySejahtera.

"Bekalan vaksin untuk Perak, antara 1 September hingga 3 Oktober sebanyak 1.6 juta. Insya-ALLAH, mencukupi lagi buat masa ini," katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, Mohd Akmal berkata, jumlah pesakit Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital di Perak juga menunjukkan penurunan.

Jelasnya, sehingga 14 September lalu, jumlah kes ICU menurun kepada 102 kes, berbanding 141 kes pada 17 Ogos lalu.

Iklan

Dalam pada itu, berdasarkan data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) melalui portal Covidnow menunjukkan 60.2 peratus daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat di ICU itu dalam kalangan individu yang belum lengkap divaksin manakala selebihnya sudah lengkap divaksin.

Seramai 1.5 juta penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas di negeri ini telah menerima vaksin sekurang-kurangnya satu dos manakala 95,934 daripada 1.6 juta penduduk yang mendaftar untuk divaksin sedang menunggu untuk divaksin dan 254,626 individu masih lagi belum mendaftar untuk menerima vaksin.