Pasaran getah ditutup tinggi

Iklan
Pasaran getah Malaysia meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu didorong oleh kenaikan pasaran serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh. Gambar hiasan

PASARAN getah Malaysia meneruskan momentum kenaikan untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu didorong oleh kenaikan pasaran serantau dan harga minyak mentah yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Beliau berkata, pasaran niaga hadapan getah Jepun naik lebih tinggi pada Rabu, mengikut kenaikan niaga hadapan Shanghai, walaupun para pelabur berhati-hati di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap pengeluaran kereta global kerana kekurangan cip.

Iklan
Iklan

Walau bagaimanapun, kenaikan selanjutnya disekat oleh data ekonomi China yang lemah yang mengukuhkan lagi kebimbangan terhadap pertumbuhan global.

"Sektor perkilangan dan peruncitan China kehilangan momentum pada Ogos dengan pertumbuhan output dan penjualan mencecah paras terendah satu tahun disebabkan pandemik Covid-19 dan gangguan bekalan yang mengancam pemulihan ekonomi negara," katanya.

Iklan

Berdasarkan laporan terkini, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.80 peratus kepada AS$74.19 setong.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 5.5 sen kepada 679 sen sekilogram sementara lateks pukal naik 0.5 sen kepada 494.5 sen sekilogram.

Iklan

Pada jam 5 petang, harga penutupan LGM untuk SMR 20 berada pada 679 sen sekilogram sementara lateks pukal ialah 498 sen sekilogram.

Pasaran getah akan ditutup esok sempena cuti umum Hari Malaysia dan akan beroperasi semula pada Jumaat. - Bernama