Transformasi kerajaan sesuai keadaan sosial, politik semasa

Iklan
WAN JUNAIDI

SHAH ALAM - Kerajaan melakukan transformasi dalam sistem pemerintahan, perundangan dan politik agar sesuai dengan keadaan sosial dan politik semasa serta lebih lengkap dalam menangani cabaran zaman moden.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, rancangan transformasi itu akan memainkan peranan penting dalam evolusi dan seterusnya penambahbaikan kepada sistem pemerintahan dan politik negara.

Iklan
Iklan

"Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memberikan komitmennya dalam membantu pemerintah untuk melihat aspek perundangan mengenai transformasi di sektor kerajaan dan Parlimen serta melihat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Ia agar transformasi ini dapat dilakukan. Beberapa undang-undang perlu dipinda dan dengan itu, bantuan dan nasihat dari Pejabat Peguam Negara mengenai perkara ini sangat penting,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Wan Junaidi berkata, semasa pertemuan bersama, Peguam Negara menfokuskan pada bidang inisiatif transformasi yang luas, termasuk transformasi pemerintahan dan Parlimen.

Tambahnya, antara perkara yang dibincangkan merangkumi usul melantik tiga Timbalan Speaker Dewan Rakyat, pelaksanaan Undi 18 dan meneliti hak orang di Sabah dan Sarawak seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia (MA63).

Iklan

"Ini bukan proses yang mudah kerana akan melibatkan banyak pindaan undang-undang yang ada, termasuk Perlembagaan Persekutuan.

"Ini juga memerlukan sokongan daripada semua pihak dan untuk ini penglibatan yang mencukupi akan dilakukan. Walau bagaimanapun, ia perlu bermula.

"Ini adalah sesuatu yang mesti kita lakukan untuk mengubah negara menjadi lebih baik,” ujarnya.