SEOUL - Jeju bersiap siaga menghadapi Taufan Chanthu, yang diramal membadai pulau peranginan itu dengan kelajuan angin maksimum 29 meter per saat, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pentadbiran Meteorologi Korea meramalkan Chanthu akan bergerak menghampiri pusat peranginan itu sekitar 8 pagi Jumaat.